Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, 45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan (2009-2014) Untuk terkini sila ke http://skserimakmursb.blogspot.my/.

Isnin, 16 Disember 2013

Lencana Sekolah

                       MAKSUD WARNA DAN LAMBANG

1. MERAH    :  melambangkan semangat yang menyala-nyala, penuh
                        keberanian menghadapi cabaran dalam mengejar cita-cita
                          dan menuntut ilmu.

2. KUNING :  melambangkan rasa tanggungjawab dan kesungguhan
  dalam mencapai matlamat ilmu pengetahuan untuk dunia
  dan akhirat.

3. HITAM     :  melambangkan perpaduan masyarakat, ibu bapa dan guru-
  guru serta kakitangan sekolah dalam usaha meningkatkan
  kejayaan dalam bidang pendidikan.

4. PUTIH     :  melambangkan niat murni dan bersih hati dalam menuntut
    ilmu pengetahuan dan meninggalkan segala larangan.

5. MOTTO   :  USAHA JAYA -  setiap usaha yang bersungguh-sungguh akan
  pasti beroleh kejayaan.

6. OBOR      :  membawa maksud ilmu pengetahuan yang diperolehi adalah
  penerang dalam kehidupan.

7. BUKU      :  melambangkan salah satu sumber untuk mendapatkan ilmu
  yang berguna.

8. TANGKAI PADI BERSILANG :
                       memberi gambaran bahawa kebanyakan penduduk di-
  kawasan ini adalah petani.

9. PERISAI     (bentuk keseluruhan lencana):
  melambangkan sekolah adal merupakan pelindung atau
  pendinding diri pelajar-pelajar dari sebarang anasir yang
  tidak sihat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri ulasan membina, terima kasih.

Semekar Budi Sejambak Memori

Biodata Guru Besar Cemerlang SK Seri Makmur September 2012

WebTV

WebTV