Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, 45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan (2009-2014) Untuk terkini sila ke http://skserimakmursb.blogspot.my/.

Isnin, 30 Mei 2011

Program Study Skill & Motivation Tahun 6 2011

28 Mei 2011 ( Sabtu) : Bertempat di Dewan SK Seri Makmur telah berlangsung Program Study Skill & Motivation Tahun 6 2011. Lebih dua ratus calon UPSR SK Seri Makmur telah mengikuti program yang dianjurkan oleh Parlimen Sungai Besar ini.  .....lagi.....

Rabu, 25 Mei 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi murid-murid SK Seri Makmur. Peperiksaan Pertengahan Tahun ini bermula pada 23 Mei 2011 dan akan berakhir pada 27 Mei 2011....lihat gambar

Meraikan Guru-guru yang berpindah.

Pada 18 Mei 2011 yang lalu, satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan empat orang guru SK Seri Makmur yang telah berpindah. Keempat-empat guru tersebut ialah lagi......

Khamis, 19 Mei 2011

Selamat Datang PK Kurikulum SK Seri Makmur yang baharu...

Warga SK Seri Makmur mengucapkan selamat datang kepada GPK Kurikulum yang baru iaitu Tuan Haji Mohd Thani bin Darus ke SK Seri Makmur. Beliau memulakan tugas pertama beliau di sekolah ini pada hari ini 19 Mei 2011.Beliau merupakan bekas PK Kurikulum SK Sungai Nibong. Semoga beliau akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik di sekolah ini...Syabas dan Tahniah

Pencapaian Kokurikulum 2010


Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun Tahap 1 2011

Terima Kasih .....dari fail En Yasin Erang.
Tahap 2 ...dari fail Pn. Noreha Johari

Sambutan Hari Guru Peringkat SK Seri Makmur 2011

18 Mei 2011 (Rabu): Hari ini telah berlangsung sambutan Hari Guru Peringkat SK Seri Makmur. Semua warga SK Seri Makmur berkumpul di dataran berhadapan dengan makmal komputer. lanjut.....

Isnin, 16 Mei 2011

Al-Fatehah buat Allahyarham Ismail Rejab

Ayah kepada pelajar Rizal bin Ismail ( Ismail Rejab), program pendidikan khas, sk seri makmur, yang meninggal dunia pada 4/5/2011 yang lalu,dipercayai dibunuh di laut, mayatnya dijumpai di laut sekincan, 33 batu nautika dari Bagan Sungai Besar. Jenazah disembahyangkan selepas solat maghrib di surau Kg Nelayan Sg Besar, dan kemudiannya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Limau. Seluruh warga SK Seri Makmur mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham, al fatehah.......lihat gambar

Selamat Hari Guru

Pihak Pengurusan Sekolah mengucapkan Selamat Hari Guru Kepada semua guru SK Seri Makmur..
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari Rabu 18 Mei 2011.
"Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"

Selasa, 10 Mei 2011

Naik Pangkat..

Syabas dan tahniah di ucapkan kepada Tuan Haji Mohd Multazam Khair bin Mohd Affandi (Penolong Kanan Kurikulum) kerana telah dinaikkan pangkat ke Guru Besar SK Kg Baru, Sabak Bernam berkuat kuasa 1 Mei 2011.

Jumaat, 6 Mei 2011

Sehari@Singapura

Sempena cuti Hari Pekerja ...lagi 

Rabu, 4 Mei 2011

Motivasi Gemilang Tahun 4 dan 5 2011

SK Seri Makmur telah melaksanakan program Motivasi Gemilang Tahun 4 dan 5 2011 pada ...lagi

Semekar Budi Sejambak Memori

Biodata Guru Besar Cemerlang SK Seri Makmur September 2012

WebTV

WebTV