Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, 45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan (2009-2014) Untuk terkini sila ke http://skserimakmursb.blogspot.my/.

Jumaat, 30 Disember 2011

Program Orientasi Tahun 1 2012

30 Disember 2011. Jumaat Berlangsung Program Orientasi Tahun 1 2012






Khamis, 29 Disember 2011

LADAP-PBS/KSSR/ISO 1/2012 dan Mesyuarat semua Panitia 1/2012 (29 Disember 2011)

LADAP-PBS/KSSR/ISO 1/2012 dan Mesyuarat semua Panitia  1/2012 (29 Disember 2011)

Semua guru sedang khusuk mendengar ceramah.

Cikgu Roslan menerangkan tentang KSSR PJ









Rabu, 28 Disember 2011

Tahniah.

16 Disember 2011. Cikgu Zainon Abidin Bin Musa telah menerima kenaikan pangkat sebagai PK Kokurikulum SK Binjai Jaya. Seluruh warga SKSM mengucapkan tahniah dan selamat bertugas di sekolah baru.


Selasa, 27 Disember 2011

Persediaan Awal Sebelum 2012

Mesyuarat Guru dan Kurikulum Kali 1/2012  (27 Disember 2011)

Mesyuarat HEM dan Kokurikulum 1/2012 (28 Disember 2011)

LADAP-PBS/KSSR/ISO 1/2012 dan Mesyuarat semua Panitia  1/2012 (29 Disember 2011)

Program Orientasi Tahun 1 2012 (30 Disember 2011)



Khamis, 17 November 2011

Cara Membuat Bayaran Untuk zoom-a.com

cara membuat bayaran untuk zoom-a.com

Tokoh Murid 2011

Dokumentasi ini dibuat oleh JK Tokoh Biodata..diketuai oleh Pn Meizratul Salmiah Chew Bt Abdullah, Anis Nazli, Norhasliza, Fadlina, Roslina dan Nor Azzah Aziz by mniz_mnz Slide Power Point ini disediakan oleh Puan Hajah Azillah Binti Harun, Penyelaras ICTL SKSM, JU Utama ICTL Sabak Bernam, JU Utama ICTL Selangor/Keb 
TOKOH MURID 2011

Hari Kecemerlangan SK Seri Makmur 2011 (17 Nov 2011)

  


Lihat gambar disini 








Keputusan UPSR 2011



Tahniah....



5A = 23 orang.

Rabu, 16 November 2011

Keputusan Bintang SSQS Selangor 2011

X

Berikut adalah keputusan SSQS negeri Selangor untuk tahun 2011. Maaf agak lambat dikeluarkan atas masalah teknikal di pihak kami. Apa pun tahniah kepada semua kerana ada peningkatan dalam star rating SSQS 2011 tahun ini.
Lima Bintang : 32 Buah Sekolah
1.     SK PANDAMARAN JAYA
2.     SK SG LANG
3.     SK BKT BADONG
4.     SK SG TEKALI
5.     SK CHERAS JAYA
6.     SK BANDAR RINCHING
7.     SK KUALA KUBU BHARU
8.     SK BUKIT BERUNTUNG 2
9.     SK SERI MAKMUR
10.   SK LOBOK PUSING
11.   SK SAPINTAS
12.   SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA
13.   SJK(T) VAGEESAR
14.   SMK JENJAROM
15.   SMK TELOK DATOK
16.   SM SAINS KUALA SELANGOR
17.   SMK BANDAR BARU BANGI
18.   SMK KUALA KUBU BHARU
19.   SMK AMPANG PECAH
20.   SMK SUNGAI BESAR
21.   SMK LEMBAH KERAMAT
22.   SMK RAWANG
23.   SMK SUNGAI PUSU
24.   SMK USJ 12
25.   SMK SERI PUTERI (SMBP)
26.   SMK TINGGI KLANG
27.  SMK SUNGAI MANGGIS
28. SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
29. SMK SERI BEDENA
30. SMK (P) SRI AMAN
31. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (SMBP)
32. SMA PERSEKUTUAN (SMBP)

Selasa, 15 November 2011

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 RM100

Tarikh 16 November 2011 akan dilangsungkan majlis Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 RM100 (Tahun 1, 2 dan 3)
Masa : 8.30pg
Tempat : Dewan SK Seri Makmur
Disampaikan oleh : YAB Datuk Abd Rahman Bin Bakri.


lihat gambar 16 November 2011 disini

Tarikh 18 November 2011 akan dilangsungkan majlis Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 RM100 (Tahun 4, 5 dan 6)
Masa : 10.00pg
Tempat : Dewan SK Seri Makmur
Disampaikan oleh : YAB Datuk Abd Rahman Bin Bakri.

Isnin, 14 November 2011

Hari Anugarah Cemerlang SK Seri Makmur 2011

Tarikh : 17 November 2011
Masa :   7.30pg kehadiran para tetamu.
Tempat:: Dewan SK Seri Makmur.

Semua ibu bapa/ penjaga murid SK Seri Makmur dijemput hadir.

p/s : Keputusan UPSR 2011 juga akan dikeluarkan pada tarikh tersebut bermula pukul 10.00pg.

Jumaat, 11 November 2011

Taklimat Tahun 6 bersama MARA

10 November 2011 telah berlangsung Taklimat Tahun 6 bersama MARA.



Pengungsian Bangunan kali 2/2011

10 November 2011 telah berlangsung program pengungsian bangunan SK Seri Makmur dengan Kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Besar.



Lihat gambar

Rabu, 9 November 2011

Isnin, 17 Oktober 2011

Selamat Bersara Puan Hajah Zabedah Binti Jusoh

22 September 2011 (Khamis): Hari ini telah berlangsung Majlis Persaraan Puan Hajjah Zabedah binti Jusoh. Majlis yang bermula pada pukul 3.00 petang ini telah diadakan di Dewan SK Seri Makmur.

sila lihat ....blog Cikgu Zainon

Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Khamis, 29 September 2011

Lawatan Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Selangor







9 Sept 2011. Jumaat 2.56ptg. Hari penuh sejarah dengan adanya lawatan kerja dari Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Tepat jam 2.30ptg Tuan Abdullah bin Mad Yunus Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Selangor tiba diperkarangan PPD Sabak Bernam. Selepas melawat Bilik Kewangan PPD, Tuan Abdullah terus ke pejabat SK Seri Makmur. Beliau meninjau keadaan pejabat sekolah dan ingin mengetahui jumlah warga sekolah ini. Jumlah murid pagi dan petang, jumlah guru dan staff. Seterusnya Tuan Abdullah berbangga dan mengucapkan tahniah kepada warga sekolah kerana tiada murid linus di tahun 2 berdasarkan kepada saringan 5 yang baru dijalankan. Begitu juga dengan tahun 1 ucapan tahniah kerana hanya seorang murid tegar sahaja daripada 204 orang murid tahun 1 mengikut saringan 2. Lawatan Ketua Pengarah ini diiringi oleh pegawai dari PPD diketuai oleh Puan Hajah Shamsiah.

Catatan : Pn Hajah Rokaayah Binti Ahmad Penolong Kanan Petang SK Seri Makmur

Isnin, 12 September 2011

Motivasi terakhir UPSR 2011 bersama Amin Idris.


12 September 2011 berlangsung Motivasi terakhir UPSR 2011 bersama Amin Idris.

Selamat Berjuang ....UPSR 2011

Jadual Waktu UPSR 2011


13 September 2011 (Selasa)

8.15 pagi - 9.05 pagi : Bahasa Melayu Pemahaman

9.45 pagi - 11.00 pagi : Bahasa Melayu Penulisan

11.45 pagi - 12.25 tengah hari : Matematik Kertas 2


14 September 2011 (Rabu)

8.15 pagi - 9.15 pagi : Matematik Kertas 1


15 September 2011 (Khamis)

8.15 pagi - 9.30 pagi : Sains

10.15 pagi - 11.05 pagi : Bahasa Inggeris Kertas 1

11.45 pagi - 1.00 tengah hari : Bahasa Inggeris Kertas 2

2.30 petang - 4.00 petang : Ujian Aptitud

Majlis Restu UPSR 2011

12 September 2011 telah berlangsung majlis restu.



Majlis Bacaan Yassin dan solat hajat upsr kali ke 2/2011

8 September 2011 (Khamis) telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan solat hajat upsr kali ke 2/2011 bertempat di Masjid Makmuriah Sg Besar.

Pemantauan Surau SK Seri Makmur oleh JPN Selangor



Surau SK Seri Makmur (Saidina Abu Bakar) telah dipantau oleh JPN Selangor pada 7 September 2011.

Program Kepung UPSR

Program Kepung UPSR bertempat di Makmal Komputer SK Seri Makmur.

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua warga SK Seri Makmur

Selasa, 23 Ogos 2011

KURSUS INTEGRASI ICT DALAM P& P SECARA ONLINE

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Integrasi ICT Dalam P&P akan diadakan secara dalam talian. Kursus ini boleh disertai oleh semua guru dan akan dikira 3 hari berkursus jika peserta menamatkan kursus dan menghantar pelan tindakan. Kursus ini juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti LDP secara schoolbased. Maklumat lanjut pelaksanaan sila email upp.bpg@gmail.com

 # Sijil akan dihantar selepas BPG mendapat Pelan Pengajaran yang dihasilkan oleh peserta #


Layari BPG 

Borang Pendaftaran 

Mulakan Kursus atas talian

Dari Laman web Bahagian Pendidikan Guru

Jumaat, 19 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Perasmian Surau Saidina Abu Bakar SK Seri Makmur.

Tarikh 18 Ogos 2011 telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Perasmian Surau Saidina Abu Bakar SK Seri Makmur. Seawal 6.00 petang lagi para ibubapa tahun 6 berkumpul di Surau Saidina Abu Bakar SK Seri Makmur bagi menjayakan majlis tersebut.






Semekar Budi Sejambak Memori

Biodata Guru Besar Cemerlang SK Seri Makmur September 2012

WebTV

WebTV