Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, 45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan (2009-2014) Untuk terkini sila ke http://skserimakmursb.blogspot.my/.

Isnin, 28 Mac 2011

Perkhemahan Kem Motivasi Tahun 6 2011

Tarikh : 25, 26 dan 27 Mac 2011
Tempat : Teratak Riverview, Tg Malim.
Syabas dan tahniah kepada semua guru yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut...
lagi...   
dan lagi...


Lihat gambar...

Koleksi Datin Siti Aminah Hay Binti Abdullah
Minat Melukis

Bola Baling MSSD Sabak Bernam 2011

Keputusan.
Pasukan Lelaki B12 = Naib Johan Daerah Sabak Bernam

Pasukan Perempuan B12 = Johan Daerah Sabak Bernam

Syabas dan Tahniah kepada Pasukan Bola Baling SKSM...dan Jurulatihnya... Cikgu Rosli Dasuki dan Cikgu Shah Nanyan.

Khamis, 3 Mac 2011

Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 dan 2013

Untuk maklumat kepada ibu bapa / penjaga : Permohonan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak (Warganegara) ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2012 dan 2013 sekolah Rendah Negeri Selangor telah dibuka secara 'on line'

Tarikh pendaftaran ini dibuka dari 1 Mac 2011 hingga 30 April 2011.

Justeru kepada ibu bapa / penjaga yang ingin mendaftarkan anak untuk belajar di SK Seri Makmur sila berurusan di Pejabat Sekolah SK Seri Makmur dengan membawa bersama:

1. Sijil kelahiran atau sijil anak angkat

2. Bukti alamat tempat tinggal ( Bil Elektrik atau Bil Air)

3. Kad Pengenalan iu bapa / penjaga

4. Sampul surat putih bersaiz 4 X 9 ( 115 cm X 245 cm) dan bersetem 60 sen.

Kanak-kanak yang terlibat adalah:

1. Lahir pada 2 Januari 2005 hingga 1 Januari 2006 ( Sesi Persekolahan 2012)

2. Lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007 ( Sesi Persekolahan 2013)

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang (web) Jabatan Pelajaran Selangor di alamat http://www.moe.gov.my/jpnselangor melalui pautan perkara tersebut di atas.

Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan secara online dengan membawa bersama dokumen asal seperti dalam senarai semak cetakan penyata maklumat permohonan.

Sekian, dimaklumkan.

Semekar Budi Sejambak Memori

Biodata Guru Besar Cemerlang SK Seri Makmur September 2012

WebTV

WebTV