Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, 45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan (2009-2014) Untuk terkini sila ke http://skserimakmursb.blogspot.my/.

Khamis, 11 April 2013

Lawatan Penanda Aras Majlis Guru Besar Petaling Perdana

12 April 2013. Berlangsung Majlis Lawatan Penanda Aras Majlis Guru Besar Petaling Perdana seramai 86 orang guru besar daerah Petaling Perdana melawat SK Seri Makmur.






Isnin, 8 April 2013

PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL


1
PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL
YTL Communications Sdn Bhd (“YTL”) dan FrogAsia Sdn Bhd (“FrogAsia”) amat berbesar hati untuk
memperkenalkan kepada sekolah anda metodologi pembelajaran yang terkini dalam bentuk
capaian Internet bersama-sama dengan penggunaan sistem pembelajaran maya Frog Virtual
Learning Environment (“Frog VLE”) di bawah program 1BestariNet, iaitu suatu projek kebangsaan
di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia (“KPM”).
Adalah diperakui bahawa Internet merupakan suatu sumber maklumat yang luas, pelbagai dan
unik bagi para pelajar dan guru dari segenap bidang. Kesinambungan sumber maklumat ini
dengan aplikasi-aplikasi yang direka khas dalam Frog VLE mampu menjalinkan suatu alat
pembelajaran dan pengajaran yang tidak boleh ditandingi.
Matlamat kami dalam menyediakan perkhidmatan ini bagi para pelajar dan guru negara ini
adalah semata-mata untuk mempertingkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan
dengan memudahkan akses kepada maklumat tanpa sempadan di Internet dan
menggabungkannya dengan manfaat yang diperolehi daripada perkongsian sumber, inovasi
dan komunikasi melalui pelantar Frog VLE.
Internet boleh diumpamakan sebagai lebuhraya maklumat elektronik yang menghubungkan
beribu-ribu komputer, jutaan pelajar, guru dan pengguna di sekeliling dunia sementara Frog VLE,
menawarkan penyelesaian pembelajaran online yang inovatif yang dirumuskan khas untuk para
guru supaya mereka mampu menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik untuk
pelajar-pelajar di samping menjalinkan budaya yang menitikberatkan ciri-ciri fleksibel dan
pendidikan kendiri yang nyata menyumbang kepada kemahiran dan pengetahuan pelajarpelajar
berkenaan.
Dengan adanya gabungan perkhidmatan ini, para pelajar, guru dan juga pihak ibubapa akan,
antara lainnya, mendapat akses kepada:
1) Komunikasi mel elektronik (emel);
2) Forum-forum untuk berkongsi maklumat dan untuk menerima maklum balas di
antara guru-guru dan pelajar-pelajar lain;
3) Maklumat dan berita
4) Perisian dan grafik dari sumber-sumber umum bagi tujuan pembelajaran; dan
5) Akses kepada World Wide Web melalui suatu sistem perangkaan grafik yang juga
merupakan peralatan akses Internet yang terkini dan menarik yang sedia ada.
Ada kemungkinan bahawa para pengguna Internet akan melayari bahan-bahan yang tidak
dianggap sesuai dari segi pembelajaran atau dari konteks sekolah. Sehubungan dengan ini, YTL
dan FrogAsia telah mengambil langkah-langkah untuk mengawal akses kepada bahan-bahan
yang mungkin akan membangkitkan kontroversi. Namun demikian, adalah sedia difahami
bahawa sememangnya mustahil untuk mengawal keseluruhan bahan-bahan di atas rangkaian
sedunia dan seseorang pengguna tegar masih boleh melayari bahan-bahan dan / atau
maklumat yang berunsur kontroversi walaupun adanya kawalan-kawalan berkenaan.
Sungguhpun begitu, kami tetap berpendirian bahawa faedah yang mampu diperolehi daripada
2
maklumat yang dikumpulkan dari setiap sudut dunia serta peluang berinteraksi dan berkongsi
kerja adalah jauh lebih berharga berbanding dengan sebarang kejadian pelayaran bahanbahan
yang tidak konsisten dengan kurikulum pendidikan.
Akses kepada Internet dalam program 1BestariNet ini adalah diselaraskan melalui usahasama
dan gabungan yang kompleks antara agensi-agensi kerajaan dan jaringan di peringkat
kebangsaan, daerah dan negeri. Kelancaran operasi rangkaian bergantung kepada amalan
yang betul oleh pengguna yang perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Termaterma
dan syarat-syarat penggunaan yang dihuraikan di sini adalah untuk memastikan anda
sedar akan tanggungjawab yang bakal anda laksanakan. Secara umumnya, penggunaan yang
cekap, beretika dan patuh kepada undang-undang adalah perlu agar seseorang pengguna itu
mampu meraih manfaat sepenuhnya daripada sumber rangkaian ini. Sekiranya seseorang
pengguna menyalahi mana-mana peruntukan yang telah termaktub, akaun individu tersebut
akan ditamatkan dan beliau akan seterusnya dinafikan akses.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) dan Internet - Terma-terma dan Syarat-syarat
Penggunaan
1) Penggunaan yang dibenarkan – Tujuan kemudahan rangkaian Internet dan persekitaran
pembelajaran maya Frog VLE yang disediakan oleh YTL dan FrogAsia (selepas ini dirujuk
secara kolektif sebagai “Para Pentadbir Sistem”) adalah untuk memberi sokongan kepada
usaha-usaha penyelidikan dan pendidikan di kalangan institusi-institusi akademik
dengan memberi akses kepada sumber yang unik dan peluang untuk bekerja secara
bersesama atau collaborative. Oleh itu, penggunaan akaun anda mestilah berkaitan
dengan pendidikan dan penyelidikan dan selaras dengan matlamat pendidikan Sekolah
anda. Penggunaan rangkaian organisasi atau sumber pengkomputeran yang lain
mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang besesuaian dengan rangkaian tersebut.
Transmisi apa jua bahan yang melanggar peraturan negara atau negeri adalah dilarang.
Ini termasuk, dan tidak terhad kepada: bahan hak cipta, bahan ancaman atau lucah,
atau bahan yang dilindungi oleh kerahsiaan perdagangan.
2) Keistimewaan – Penggunaan Internet serta Frog VLE ialah satu keistimewaan, bukan satu
hak dan penggunaan yang tidak sesuai akan mengakibatkan pembatalan keistimewaan
tersebut. Para Pentadbir Sistem berhak memutuskan sama ada sesuatu penggunaan itu
merupakan ‘pengunaan yang tidak sesuai’ dan keputusan itu adalah muktamad. Para
Pentadbir Sistem juga boleh menutup akaun pengguna pada bila-bila masa jika perlu. Di
samping itu, pihak KPM, pengetua sekolah, pentadbir IT dan / atau fakulti sekolah boleh
meminta Para Pentadbir Sistem menafikan, membatalkan dan / atau menggantung
akaun pengguna tertentu. Sehubungan itu, perkongsian akaun adalah dilarang bagi
memastikan privasi identiti pemilik akaun.
3) Etika Rangkaian – Anda diwajibkan mematuhi peraturan umum etika rangkaian. Ini
termasuk (tetapi tidak terhad kepada) perkara-perkara berikut:
a) Bersikap sopan. Jangan bersikap biadab dalam mesej atau komunikasi anda
dengan individu lain.
b) Penggunaan bahasa yang sesuai. Jangan sesekali menggunakan bahasa kesat,
lucah atau bahasa lain yang tidak sesuai.
c) Aktiviti yang menyalahi undang-undang adalah dilarang sama sekali.
3
d) Jangan sesekali mendedahkan alamat peribadi atau nombor telefon pelajarpelajar,
guru-guru, ibu bapa atau rakan-rakan sekerja.
e) Kerahsiaan emel tidak terjamin. Individu-individu yang terlibat dalam
pengendalian sistem mempunyai akses kepada semua mel. Mesej yang
berkaitan dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang boleh dilaporkan
kepada pihak berkuasa.
f) Jangan gunakan rangkaian dengan cara yang boleh menggangu pengguna
rangkaian yang lain.
g) Komunikasi dan informasi yang boleh diakses menerusi rangkaian ini adalah
dianggap sebagai harta persendirian.
4) Upload atau posting pada Frog VLE – Sekiranya anda membuat sebarang upload atau
posting di Frogstore, Community Site atau di mana-mana forum atau siaran awam pada
Frog VLE (termasuk sebarang teks, skrip komputer, gambar foto, grafik, video atau web
links kepada mana-mana bahan ini) (selepas ini dirujuk secara amnya sebagai
“Sumbangan”), maka anda bersetuju memberi kebenaran kepada pihak KPM, YTL dan
FrogAsia menggunakan bahan-bahan berkenaan dan menerbitkan atau menyiarkan
Sumbangan tersebut berserta dengan profil anda pada laman Frogstore, Community Site
atau Frog VLE. Dalam pada itu, Sumbangan anda akan boleh dilihat, dikongsi dan
diakses oleh pengguna-pengguna Frog VLE yang lain. Jika Sumbangan berkenaan
melibatkan individu yang lain, anda wajib memastikan bahawa individu tersebut telah
memberi kebenaran kepada anda untuk penglibatannya di dalam Sumbangan anda dan
untuk Sumbangan tersebut dipaparkan di atas Frog VLE. Dengan menggunakan Frog VLE,
anda mengakujanji bahawa Sumbangan anda tidak melanggar sebarang hak cipta atau
hak milik intelektual mana-mana pihak ketiga; bahawa anda tidak menggunakan atau
meniru mana-mana bahan yang dimiliki oleh mana-mana pihak ketiga tanpa
persetujuan atau lesen sah pihak berkenaan dan anda memberi indemnifikasi
sepenuhnya kepada Para Pentadbir Sistem terhadap sebarang tuntutan pihak ketiga
atau kerugian atau kehilangan sehubungan dengan pencabulan atau pelanggaran hak
milik intelektual. Sekiranya anda telah menggunakan apa-apa bahan yang dimiliki atau
dipunyai oleh mana-mana pihak ketiga, anda mengakujanji bahawa anda telah
memperolehi persetujuan terdahulu daripada pereka atau tuan punya bahan berkenaan
bagi tujuan penerbitan di atas laman Frogstore, Community Site atau Frog VLE tanpa
perlunya sebarang pembayaran dan bahawa pereka atau tuan punya bahan berkenaan
telah menolak kesemua hak mereka terhadap Sumbangan tersebut.
5) Penafian Jaminan – YTL dan FrogAsia tidak memberi sebarang jaminan, dalam apa
bentuk sekalipun, sama ada secara tersurat mahupun tersirat bagi perkhidmatan yang
disediakan. YTL dan FrogAsia tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan
atau kerugian yang dialami. Ini termasuk kehilangan data yang disebabkan oleh
masalah semasa proses penghantaran data; sama ada penangguhan penghantaran,
kegagalan penghantaran, kesilapan penghantaran atau gangguan perkhidmatan yang
disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan. Penggunaan mana-mana maklumat yang
diperolehi dari Internet dan / atau Frog VLE adalah atas risiko anda sendiri. YTL dan
FrogAsia tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan atau kualiti maklumat yang
diperolehi melalui perkhidmatan yang diberikan.
4
6) Keselamatan – Keselamatan pada mana-mana sistem komputer sesungguhnya
ditekankan, terutamanya apabila sistem berkenaan melibatkan pengguna yang ramai.
Sekiranya anda berhadapan dengan masalah berkaitan isu keselamatan semasa
melayari Internet dan / atau menggunakan Frog VLE, anda perlu segera memaklumkan
pengetua sekolah dan / atau pentadbir IT anda. Jangan dedahkan masalah tersebut
kepada pengguna-pengguna yang lain. Jangan gunakan akaun individu lain tanpa
kebenaran bertulis individu tersebut. Cubaan memasuki Frog VLE atau Internet sebagai
pentadbir sistem akan mengakibatkan penamatan terhadap keistimewaan anda sebagai
pengguna. Mana-mana pengguna yang dikenalpasti memberi risiko terhadap
keselamatan atau mempunyai rekod permasalahan dengan sistem komputer yang lain
boleh dinafikan aksesnya ke Frog VLE dan / atau Internet.
7) Dasar Privasi – Kami, YTL dan FrogAsia, sememangnya komited untuk menjaga
kerahsiaan dan privasi anda semasa anda berada di online. Penggunaan sebarang
maklumat yang mampu mengenalkan anda oleh pihak kami adalah tertakluk kepada
Dasar Privasi kami di http://www.ytlcomms.my/EN/privacy.aspx.
8) Pindaan – YTL dan FrogAsia mempunyai hak untuk meminda terma-terma ini dari masa
ke semasa. Jika berlakunya pindaan kepada terma-terma ini, pindaan berkenaan akan
dicerminkan dalam versi terkini Perjanjian ini dan ianya akan seterusnya dimaklumkan
menerusi penyelarasan pada tarikh kuat kuasa di bahagian bawah Perjanjian
Penggunaan Terkawal ini.
9) Perundangan – Perjanjian Penggunaan Terkawal dan hubungan anda dengan YTL dan
FrogAsia di bawah Perjanjian Penggunaan Terkawal ini adalah di bawah kawalan
Undang-Undang Malaysia. Anda bersetuju untuk menyerahkan penyelesaian terhadap
mana-mana isu undang-undang yang berbangkit dari Perjanjian Penggunaan Terkawal
ini kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. Anda juga bersetuju bahawa YTL
dan FrogAsia masih boleh memohon remedi injunksi (atau mana-mana peruntukan
perundangan yang setara dengannya) dalam mana-mana bidang kuasa.
10) Tarikh kuat kuasa - Tarikh kuat kuasa terma-terma ini adalah pada 4 Mei 2012.
5
PERSETUJUAN PERJANJIAN PENGGUNAAN SECARA TERKAWAL
Saya faham dan akan patuh kepada Perjanjian Penggunaan Terkawal ini seperti yang disebut di
atas. Saya juga faham bahawa pelanggaran mana-mana terma di atas berkemungkinan
dianggap sebagai satu kesalahan jenayah. Jika saya terlibat dalam pelanggaran mana-mana
terma, akses saya boleh ditarik balik dan tindakan disiplin dan / atau tindakan undang-undang
yang bersesuaian boleh dikenakan atau diambil ke atas saya. Saya bersetuju dan menerima
terma-terma dalam Perjanjian Penggunaan Terkawal ini.
Nama Penuh Pengguna: ____________________________________________
No. Kad Pengenalan Pengguna: _______________________________________
Tandatangan Pengguna: ____________________________________________
Tarikh: ________________
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Bahagian ini mesti ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga jika pengguna ialah seorang
pelajar)
IBU BAPA ATAU PENJAGA PENGGUNA
Sebagai ibu bapa / penjaga kepada pelajar ini, saya telah membaca Perjanjian Penggunaan
Terkawal dan bersetuju untuk bertanggungjawab sekiranya pelanggaran terhadap Perjanjian
Penggunaan Terkawal ini dilakukan oleh pelajar ini. Saya faham bahawa akses ini direka untuk
tujuan pendidikan dan langkah pencegahan yang sewajarnya telah diambil untuk mengawal
akses kepada bahan-bahan yang mungkin membangkitkan kontroversi. Walau bagaimanapun,
saya juga faham adalah mustahil untuk pihak sekolah, KPM, YTL dan FrogAsia menyekat akses
kepada semua bahan yang boleh membangkitkan kontroversi dan saya tidak akan meletakkan
tanggungjawab terhadap bahan-bahan yang boleh diperolehi di rangkaian kepada mana-mana
pihak. Seterusnya, saya akan bertanggungjawab mengawasi penggunaan anak saya semasa di
luar sekolah. Dengan ini, saya membenarkan pemberian sebuah akaun kepada anak saya dan
mengesahkan maklumat yang terkandung dalam perjanjian ini adalah benar.
Nama Pelajar (Huruf Besar): ____________________________________________________
Nama Ibu Bapa atau Penjaga (Huruf Besar): _______________________________________
No. Kad Pengenalan Ibu Bapa atau Penjaga: ____________________________
Tandatangan Ibu Bapa atau Penjaga: _________________________________
Tarikh: _______________

Semekar Budi Sejambak Memori

Biodata Guru Besar Cemerlang SK Seri Makmur September 2012

WebTV

WebTV