Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, 45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan (2009-2014) Untuk terkini sila ke http://skserimakmursb.blogspot.my/.

Rabu, 26 Januari 2011

Cuti sempena Tahun Baru Cina 2011

Untuk makluman kepada ibu bapa / penjaga murid SK Seri Makmur,Sungai Besar, Selangor bahawa sekolah akan bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina 2011 mengikut siaran yang diterima oleh pihak sekolah dari Kementerian Pelajaran Malaysia rujukan no. KP/KPPM/5(65).

Sekolah akan mula bercuti pada 31 Januari 2011 hingga 6 Februari 2011. Sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada 7 Februari 2011.

Sekian, dimaklumkan.

Sesi Persekolahan Menggantikan cuti Tahun Baru Cina 2011

Tarikh cuti persekolahan : 31 Januari 2011
Tarikh ganti : 22 Januari 2011
Jadual waktu : Isnin
Masa persekolahan : sesi pagi; bermula 7.30 pagi hingga 12:20 tengah hari
sesi petang; bermula 12:25 tengah hari hingga 5.20 petang

Tarikh cuti persekolahan : 1 Februari 2011
Tarikh ganti : 19 Februari 2011
Jadual waktu : Selasa
Masa persekolahan : sesi pagi; bermula 7.30 pagi hingga 12.50 tengah hari
sesi petang; bermula 12.55 tengah hari hingga 6.20 petang

Tarikh cuti persekolahan : 2 Februari 2011
Tidak perlu diganti kerana pihak sekolah memohon cuti peristiwa.

Oleh itu, ibu bapa / penjaga dikehendaki menghantar dan mengambil anak tuan / puan pada waktu yang ditetapkan.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan Ahli Jawatankuasa ICT

19 Januari 2011 telah diadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan Ahli Jawatankuasa ICT 1/2011.  selanjutnya

Program Ramah Mesra Guru, Ibu Bapa Dan Penjaga Murid Tahun 6

15 Januari 2011 telah diadakan Program Ramah Mesra Guru, Ibu Bapa dan Penjaga Murid Tahun 6. selanjutnya

Selamat Datang PK Kokurikulum yang baru..

PK Kokurikulum yang baru ialah Puan Siti Aminah Hay Binti Abdullah. Syabas dan tahniah dari warga SKSM.

Program Mentor Mente

Program Mentor Mente melibatkan semua murid tahun 6 SK Seri Makmur menjadi anak angkat kepada semua guru-guru SK Seri Makmur.

Program Maju Diri 2011

Program Maju Diri telah diadakan pada 11 hingga 14 Januari 2011. ..selanjutnya

Semekar Budi Sejambak Memori

Biodata Guru Besar Cemerlang SK Seri Makmur September 2012

WebTV

WebTV