Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, 45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan (2009-2014) Untuk terkini sila ke http://skserimakmursb.blogspot.my/.

Rabu, 29 Disember 2010

Persediaan Tahun 2011

Pelbagai program dirancang dan dilaksanakan sebagai persediaan menyambut 2011 antaranya:
1) Mesyuarat Guru 1/2011 pada 27/12/2010
2) Mesyuarat Kurikulum, Kokurikulum & Hem 1/2011 pada 28/12/2010
3) Ladap TDTK, KSSR & PBS, Prosidar pada 29/12/2010
4) Mesyuarat semua Panitia, Tahun 1,..Kemas Kelas.  pada 30/12/2010
5) Suaikenal Tahun 1 pada 31/12/2010.

Khamis, 11 November 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan

Tarikh : 16 November 2010 
Selasa
Tempat : Dewan Sri Bernam, Sg Besar.


Tentatif Hari Kecemerlangan 2010
7.30 pagi : Kehadiran murid
8.00 pagi : Kehadiran ibu bapa / penjaga murid
8.30 pagi : Ketibaan jemputan khas
8.45 pagi : Bacaan Doa (Ustaz Syamsul Muhaimin bin Abdullah)
9.00 pagi : Ucapan Tuan Guru Besar (Pn Hjh Hasnah binti Marwan)
: Ucapan YDP PIBG SKSM (En. Halim bin Masri)
: Ucapan Perasmian (YB Datuk Abd. Rahman bin Bakri)
9.45 pagi : Penyampaian anugerah pelajar terbaik dan tokoh
Persembahan 1
Penyampaian hadiah Pendidikan Khas
Penyampaian Hadiah Tahun 1
Penyampaian Hadiah Tahun 2
Penyampaian Hadiah Tahun 3
Persembahan 2
Penyampaian Hadiah Tahun 4
Penyampaian Hadiah Tahun 5
Penyampaian Hadiah Tahun 6
12.30 th : Jamuan dan majlis bersurai

UPSR 2010

44 5A daripada 190 orang calon...85.79%

lihat gambar...

Selasa, 17 Ogos 2010

Malaysia Australia Education Project for Afghanistan (MAEPA) Pengalaman Berasaskan Sekolah (School Based Experience- SBE) 17 dan 18 Ogos 2010

Malaysia Australia Education Project For Afghanistan (MAEPA)
Pengalaman Berasaskan Sekolah (School Based Experience –SBE)
17, 18, dan 19 Ogos 2010 (Selasa-Khamis)

Kerjasama tiga hala di antara tiga Negara, Malaysia, Australia dan Afghanistan untuk program pendidikan guru-guru Afghanistan telah dipersetujui oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Australia pada 10 Julai 2008. Usaha ini yang dikenali sebagai MAEPA, (Malaysia Australia Education Project for Afghanistan) adalah di bawah kelolaan Kementerian Luar Malaysia (MOFA)

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), telah dipilih untuk mengendalikan program MAEPA, buat kali keduanya selama 14 minggu bermula 5 Julai hingga 8 Oktober 2010. Di sini, peserta MAEPA akan diberi pendedahan mengenai teori-teori pedagogi, pembelajaran dan pengajaran di kampus IPGKBA. Mereka juga dibawa ke IPGKPI (Institut Pendidikan Guru Kampus Pengajian Islam, Bangi) untuk teori pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran pendidikan Islam setiap hari Jumaat sepanjang program MAEPA berlangsung.

Program ini disediakan khas untuk 30 Jurulatih Utama (Master Teacher Trainer) dan dibantu oleh 3 penterjemah dari Afghanistan yang bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan pembangunan professional kejurulatihan pendidikan guru-guru Afghanistan.

Dalam merelisasikan objektif MAEPA ini, kurikulum mkhas digubah yang mengambil kira keperluan khusus guru-guru untuk pembangunan pelajaran dan pengajaran dalam sistem pendidikan Afghanistan di mana melibatkan 41 tenaga pengajar IPGKBA dan IPGKPI.

Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah lawatan ke sekolah-sekolah untuk mempelajari sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah, di samping lawatan social yang bertujuan untuk mendedahkan para peserta program kepada sejarah dan perkembangan ekonomi di negara kita. Bagi tujuan ini, pihak IPGKBA juga bekerjasama dengan bahagian-bahagian lain di Kementerian Peelajaran Malaysia untuk memastikan program ini berjalan lancar.

Terkini, Program Pengalaman Berasaskan Sekolah atau School Based Experience (SBE) akan diadakan pada 17, 18, dan 19 Ogos 2010 bertempat di SAM Sungai Hj Dorani dan SK Seri Makmur di Sungai Besar, Selangor. Aktiviti ini menyediakan ruang untuk peserta program ‘turun padang’ merasai pengalaman persekolahan di Malaysia secara amnya. Pada masa yang sama ianya juga member peluang para peserta menghubungkaitkan teori pedagogi dalam konteks sebenar situasi bilik darjah di samping membina pengetahuan, membuat perbandingan secara kritis tentang pengajaran pembelajaran di sekolah, sama ada di Malaysia ataupun di Afghanistan.

33 peserta MAEPA dan 4 pegawai Jawatankuasa aktiviti MAEPA akan menginap di Resort D’Muara Sungai Hj Dorani sepanjang program SBE berlangsung.


Senarai nama peserta MAEPA dari Institut Perguruan Afghanistan:

1.Abdul Wajid Sherzy
2.Amanuddin Fayiq
3.Hayatullah Moradi
4.Hedayatullah Majeed
5.Mahmood Mahbobi
6.Mohamad Anwar Ghafari
7.Masoud Shahid
8.Obaidullah Abed
9.Sharafuddin Athari
10.Durkhanai Mohamadzai Adam
11.Haseena Suliman
12.Regeena Jafari
13.Rugul Farhat
14.Shakiba Wasifi
15.Soma Saleh
16.Storai Baakhtari
17.Uzla Ahmady
18.Abdul Latif Hamdard
19.Allah Mohammad Behzad
20.Asadullah Azizi
21.Batoor Qachmas
22.Hayauddin Ihsas
23.Mohammad Qayyum Bahir
24.Muhammad Naim Masom
25.Ziaul Haq Mirzai
26.Ramzia Sadiqi
27.Sethoda Rostaqi
28.Ahmad Wali Faizi
29.Mohammad Sharif Mones
30.Shawali Roshan
31.Mohammad Qahir Arian – penterjemah
32.Nabila Barkzai – penterjemah
33.shafiqullah Yosafzai – penterjemah
34.Shamsul Shah Tarjo – Pegawai Bahagian Pendidikan Islam KPM
35.Pn. Asiah Pariekutty – Pensyarah IPG KBA
36.Pn. Junainah Abdon – Pensyarah IPGKBA
37.Pn. Rozita Md. Noh – Pensyarah IPGKPI
38.Sharul Khuzaini Kasim – Pegawai GRM Internasional

Sabtu, 15 Mei 2010

Selamat Hari Guru

http://www.moe.gov.my/hariguru/

PERUTUSAN HARI GURU 2010


PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU



Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Khamis, 6 Mei 2010

Perjumpaan Ibubapa dan Guru-guru Tahun 6

Tarikh : 6 Mei 2010
Masa 8.00 Pagi
Tempat : Kelas Tahun 6
Tujuan : Tantatangan Rekod Profil dan berbincang

Rabu, 21 April 2010

Kejohanan Hoki (R) MSSD Sabak Bernam

Tarikh : 21 dan 22 April 2010
Tempat : Padang SK Seri Makmur
Masa : 8.00 pg

Datang jang tak datang....

Untuk yang terkini sila add Facebook Sk Serimakmur

Khamis, 8 April 2010

JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM


JAWATANKUASA INDUK HEM

DLM PEMBINAAN

PANITIA BAHASA MELAYU

DLM PEMBINAAN

JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM

JAWATANKUASA KOKURIKULUM

DLM PEMBINAAN

ICT

KAKITANGAN GURU




Rabu, 7 April 2010

Kokurikulum

sedang dikemaskini

Hal Ehwal Murid

Sedang dikemaskini

Akademik

Sedang dikemaskini

Profil

Sila Klik

Lokasi


View Larger Map

Pelan


Kakitangan

Sesi Pagi 2011 bersama Tuan Haji Multazam Khair bin Mohd Affandi sebelum berhijrah sebagai Guru Besar SK Kg Baharu. Sabak Bernam....Sila klik gambar untuk gambar penuh

Sejarah

Sejarah Penubuhan Sekolah:

Pada awal tahun 1947 terdapat tiga buah Sekolah Rakyat yang didirikan disekitar Kampung Sungai Besar. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

1.SEKOLAH PARIT SATU BARAT yang terletak di bawah bangunan Pegawai Kerajaan Jepun (Rumah Tojo).
2.SEKOLAH PARIT DUA SUNGAI BESAR terletak di bawah surau.
3.SEKOLAH PARIT TIGA CABANG juga terletak di bawah surau.

Guru-Guru bertugas pula terdiri dari:
1.Cikgu Mohd Jais b Abd Majid dan Cikgu Abdul Majid b Abu Bakar di Sekolah Parit Satu Barat.
2.Cikgu Abu Samah b Nordin dan Cikgu Ahmad b Jamilidin di Sekolah Parit Dua.
3.Cikgu Hj Sulaiman b Hj Yunus dan Cikgu Salikun b Abd Samad mengajar di Sekolah Parit Tiga Cabang.

Pada tahun 1949, ketiga-tiga sekolah ini telah dicantumkan di bawah satu pentadbiran kerajaan dan diberi nama Sekolah Melayu Sungai Besar.Guru Besar yang mula bertugas pada tahun tertubuhnya sekolah itu ialah Cikgu Shoib b Abdul Samad. Bilangan guru-guru yang bertugas seramai empat orang termasuk Guru Besar. Murid-murid yang belajar pada tahun tersebut seramai 213 orang dari Darjah Satu hingga Darjah 4.

Sekolah ini telah mengalami beberapa pertukaran nama yang bermula dari Sekolah Melayu telah bertukar menjadi Sekolah Umum. Kemudian ditukar pula dengan nama Sekolah Kebangsaan Parit Satu Sungai Besar. Setelah itu nama tersebut ditukar sekali lagi menjadi Sekolah Kebangsaan Seri Makmur,sehingga ke hari ini.

Visi dan Misi

VISI & MISI

Visi:

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi:

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Senarai Guru SK Seri Makmur

Guru Besar
Puan Hajah Sariah Binti Hj Sidek

Penolong Kanan Kurikulum
Tuan Hj Multazam Khir Bin Mohd Affandi

Penolong Kanan Hem
Puan Hajah Rohaini Binti Yaacob

Penolong Kanan Kokurikulum
En Mohd Aini Bin Basri

Penyelia Petang
Puan Hajah Norayezati Binti Awang

Penolong Kanan Pendidikan Khas
En. Aziz Bin Samsuri

Selasa, 2 Mac 2010

Taklimat Peperiksaan Tahun 2010

Peperiksaan PKSR

1) Ujian Bulan 1 mulai (5 mac hingga 11 mac)

2) Ujian Pertengahan Tahun (27 mei hingga 4 jun 2010) Post mortem

3) Ujian Bulan 2 mulai ( 19 Julai hingga 23 Julai 2010)

4) Ujian Akhir Tahun mulai ( 25 Okt hingga 29 Okt 2010) Post mortem

5) Percubaan UPSR (19 Julai hingga 22 Julai 2010)

6) Peperiksaan UPSR (21 hingga 23 Sept 2010)

7) Peperiksaan PTK (8 Jun utk DGA 32, 9 Jun utk DGA 44/48)



Perkara-perkara yang perlu disediakan

1) Sebelum membina soalan sediakan Jadual spesefik Ujian )
2) Semua soalan dibina dan dibuat dalam bentuk soft copy dan hard copy seminggu sebelum ujian dijalankan dan disemak oleh Ketua Panitia sebelum diserahkan kepada PK1/PP

Isnin, 1 Mac 2010

Network

Pasang cable network dari bilik guru ke pejabat..so depa pun dapatlah melayari internet.....

Bengkel Khidmat Bantu PSS 2010

Tarikh : 2 to Mac 2010
Tempat : Pusat Sumber SKSM

Antara tujuannya : Memertabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran ke arah kecemerlangan pendidikan....SKSM cemerlang 2010.

Seluruh kawasan sekolah / seluruh SKSM adalah Pusat Sumber ......

Perkhemahan di Teratak Riverview

26 to 28 Feb 2010
Murid seramai 159 orang, guru seramai 30 orang. Selanjutnya add facebook Sk Serimakmur
http://www.facebook.com/profile.php?ref=profile&id=100000747553122

Sabtu, 20 Februari 2010

Khamis, 18 Februari 2010

Kursus Pembelajaran Interaktif Melalui Internet


http://zoom-a.com/ 

18 Feb 2010
Tahun 6T = 7.30-8.30 pg
Tahun 6K = 8.30-9.30 pg
Tahun 6D = 10.50-11.50 pg













19 Feb 2010
Tahun 6N =
Tahun 6Z = 10.50-11.50pg

Rabu, 3 Februari 2010

Makmal Komputer


Kontraktor sedang setting terakhir peralatan ict sebelum diserahkan kepada pihak sekolah.

Potong..potong...

En Azman sedang memotong softboard di Makmal Komputer

Rabu, 27 Januari 2010

Unit Beruniform


Tarikh : 27.01.2010
Sesi pagi : 8.30 - 9.30pg
Sesi petang : 4.00 - 6.00ptg





























































Selasa, 26 Januari 2010

Isnin, 25 Januari 2010

26.01.2010 Tarikh Pembayaran Yuran

Tarikh  : 26.01.2010
Tempat : SKSM
Masa :  Sesi pagi        8.30 pg - 10.30 pg
            Sesi petang    1.00tgh - 2.30ptg

Peringatan dari Pegawai Perhubungan Sekolah


Tarikh : 25.01.2010
Masa : 7.30 pg
Tempat : Padang Perhimpunan SKSM.
Pegawai Perhubungan Sekolah  : Sarjan Mohd Noor Izhar

1. Sila letak basikal ditempat yang telah dikhaskan (dalam kawasan sekolah)
2. Ikut peraturan sekolah.
3. Berdisiplin di Masjid Makmuriah ( Jangan bising)
4. Jangan mencuri
dan banyak lagi.....



Sabtu, 23 Januari 2010

Khamis, 21 Januari 2010

Gotong- royong


Ramai guru SKSM bergotong- royong sebagai persediaan pemantauan oleh PPDSB pada bila-bila masa.



Semekar Budi Sejambak Memori

Biodata Guru Besar Cemerlang SK Seri Makmur September 2012

WebTV

WebTV