Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, 45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan (2009-2014) Untuk terkini sila ke http://skserimakmursb.blogspot.my/.

Khamis, 29 September 2011

Lawatan Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Selangor







9 Sept 2011. Jumaat 2.56ptg. Hari penuh sejarah dengan adanya lawatan kerja dari Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Tepat jam 2.30ptg Tuan Abdullah bin Mad Yunus Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Selangor tiba diperkarangan PPD Sabak Bernam. Selepas melawat Bilik Kewangan PPD, Tuan Abdullah terus ke pejabat SK Seri Makmur. Beliau meninjau keadaan pejabat sekolah dan ingin mengetahui jumlah warga sekolah ini. Jumlah murid pagi dan petang, jumlah guru dan staff. Seterusnya Tuan Abdullah berbangga dan mengucapkan tahniah kepada warga sekolah kerana tiada murid linus di tahun 2 berdasarkan kepada saringan 5 yang baru dijalankan. Begitu juga dengan tahun 1 ucapan tahniah kerana hanya seorang murid tegar sahaja daripada 204 orang murid tahun 1 mengikut saringan 2. Lawatan Ketua Pengarah ini diiringi oleh pegawai dari PPD diketuai oleh Puan Hajah Shamsiah.

Catatan : Pn Hajah Rokaayah Binti Ahmad Penolong Kanan Petang SK Seri Makmur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri ulasan membina, terima kasih.

Semekar Budi Sejambak Memori

Biodata Guru Besar Cemerlang SK Seri Makmur September 2012

WebTV

WebTV