Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, 45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan (2009-2014) Untuk terkini sila ke http://skserimakmursb.blogspot.my/.

Rabu, 7 April 2010

Sejarah

Sejarah Penubuhan Sekolah:

Pada awal tahun 1947 terdapat tiga buah Sekolah Rakyat yang didirikan disekitar Kampung Sungai Besar. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

1.SEKOLAH PARIT SATU BARAT yang terletak di bawah bangunan Pegawai Kerajaan Jepun (Rumah Tojo).
2.SEKOLAH PARIT DUA SUNGAI BESAR terletak di bawah surau.
3.SEKOLAH PARIT TIGA CABANG juga terletak di bawah surau.

Guru-Guru bertugas pula terdiri dari:
1.Cikgu Mohd Jais b Abd Majid dan Cikgu Abdul Majid b Abu Bakar di Sekolah Parit Satu Barat.
2.Cikgu Abu Samah b Nordin dan Cikgu Ahmad b Jamilidin di Sekolah Parit Dua.
3.Cikgu Hj Sulaiman b Hj Yunus dan Cikgu Salikun b Abd Samad mengajar di Sekolah Parit Tiga Cabang.

Pada tahun 1949, ketiga-tiga sekolah ini telah dicantumkan di bawah satu pentadbiran kerajaan dan diberi nama Sekolah Melayu Sungai Besar.Guru Besar yang mula bertugas pada tahun tertubuhnya sekolah itu ialah Cikgu Shoib b Abdul Samad. Bilangan guru-guru yang bertugas seramai empat orang termasuk Guru Besar. Murid-murid yang belajar pada tahun tersebut seramai 213 orang dari Darjah Satu hingga Darjah 4.

Sekolah ini telah mengalami beberapa pertukaran nama yang bermula dari Sekolah Melayu telah bertukar menjadi Sekolah Umum. Kemudian ditukar pula dengan nama Sekolah Kebangsaan Parit Satu Sungai Besar. Setelah itu nama tersebut ditukar sekali lagi menjadi Sekolah Kebangsaan Seri Makmur,sehingga ke hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri ulasan membina, terima kasih.

Semekar Budi Sejambak Memori

Biodata Guru Besar Cemerlang SK Seri Makmur September 2012

WebTV

WebTV