MAKSUD WARNA DAN LAMBANG
1. MERAH : melambangkan semangat yang menyala-nyala, penuh
keberanian menghadapi cabaran dalam mengejar cita-cita
dan menuntut ilmu.
2. KUNING : melambangkan rasa tanggungjawab dan kesungguhan
dalam mencapai matlamat ilmu pengetahuan untuk dunia
dan akhirat.
3. HITAM : melambangkan perpaduan masyarakat, ibu bapa dan guru-
guru serta kakitangan sekolah dalam usaha meningkatkan
kejayaan dalam bidang pendidikan.
4. PUTIH : melambangkan niat murni dan bersih hati dalam menuntut
ilmu pengetahuan dan meninggalkan segala larangan.
5. MOTTO : USAHA JAYA - setiap usaha yang bersungguh-sungguh akan
pasti beroleh kejayaan.
6. OBOR : membawa maksud ilmu pengetahuan yang diperolehi adalah
penerang dalam kehidupan.
7. BUKU : melambangkan salah satu sumber untuk mendapatkan ilmu
yang berguna.
8. TANGKAI PADI BERSILANG :
memberi gambaran bahawa kebanyakan penduduk di-
kawasan ini adalah petani.
9. PERISAI (bentuk keseluruhan lencana):
melambangkan sekolah adal merupakan pelindung atau
pendinding diri pelajar-pelajar dari sebarang anasir yang
tidak sihat.